Sub-disiplin falsafah barat Falsafah Barat


Ahli falsafah Barat sering kali dibahagikan ke dalam beberapa cabang berlandaskan soalan-soalan yang biasa ditangani mereka. Dalam dunia kuno pembahagian bidang yang paling berpengaruh ialah pembahagian falsafah oleh ahli Stoicism ('Ketabahan') kepada Logik, Etika, dan Fizik (dicetuskan sebagai kajian alamiah, dan termasuk sains alamiah dan metafizik). Dalam falsafah semasa, pengkhususan dalam bidang falsafah lebih kerap dibahagikan kepada metafizik, epistemologi, etika dan estetika (kedua-dua etika dan estetika digabungkan untuk menjadi axiologi). Ada kalanya Logik dijadikan satu cabang utama falsafah, kadangkala sebagai kajian berasingan, dan kadangkala sebagai kaedah bersifat falsafah yang digunakan dalam kesemua cabang falsafah.

Dalam cabang-cabang luas ini, kini terdapat berbilang sub-disiplin falsafah. Pada tahap paling luas terdapat pembahagian kepada [[Falsafah Analitis dan Kontinental]. Bagi Falsafah Kontinental, pembahagian falsafah antara 'pakar' merupakan sesuatu yang merumitkan oleh sebab sifat penyatuan yang terdapat pada falsafah itu sendiri; bagi Falsafah Analitis pula, pembahagian kepada sub-disiplin memudahkan kajian dalam cabang masing-masing.

Minat dalam sub-disiplin khusus berubah-ubah mengikut peredaran masa; ada kalanya sub-disiplin menjadi tajuk hangat dan penulisan penuh dengan perbincangan berkaitannya sehinggakan kelihatan seakan-akan ia menjadi cabang falsafah. (Dalam tempoh lebih kurang 40 tahun, falsafah minda—sebenarnya satu sub-disiplin metafizik—mengambil kedudukan ini dalam Falsafah Analitis, dan ia banyak menarik perhatian sehingga ada yang menyarankan falsafah minda ialah paradigma bagi kajian falsafah analitis).